Thursday, 25 July 2013

KASIH AYAH DAN IBU....HINGGA KE AKHIR HAYAT

Alangkah bertuahnya badan bagi sesiapa yang masih mempunyai ayah dan ibu di saat ini....walau bagaimanapun  keadaan  mereka kini , anda masih lagi berpeluang untuk memanggil  ....ayah.....mak.....atau apa jua panggilan untuk mereka. Pabila anda memandang raut wajah mereka...bayangkan.....itulah wajah anda tatkala tua. Berkat didikan serta kasih sayang yang diberikan kepada kita semua....maka jadilah kita seperti hari ini.

Wednesday, 24 July 2013

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Betapa indahnya ciptaan Allah......melahirkan ketenangan


PEPERIKSAAN LISAN AL-QURAN SDEA 2013

Assalamualaikum...........
kepada semua pelajar dan ibubapa murid yang berkenaan, peperiksaan lisan Al-Quran (bacaan dan hafazan) akan bermula pada 29 Julai 2013 hingga 2 Ogos 2013. Diharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini bagi tujuan yang tersebut.

UPPM 2 2013

Ujian Pengesanan Prestasi Murid (UPPM 2) akan bermula pada 30-31 Julai dan 1-2 Ogos 2013.Oleh itu, diharapkan semua ibubapa memastikan anak-anak mengulangkaji pelajaran di rumah. Good luck.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa akan diadakan pada 28 Julai 2013 hari Ahad bertempat di Surau Al-Mizan Kampong Sagil Parit 3. Bermula jam 6.00 petang . Majlis akan diadakan berserta dengan penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan diakhiri dengan khatam Al-Quran. Seramai 16 orang pelajar dari SA Sagil Kampong turut serta  dalam majlis  yang tersebut. Dan.....tahun ini giliran siapa pula yang bertugas mengiringi murid-murid ???? Kita tunggu dan lihat...........